Ruang Sirkulasi ialah ruang murid-murid membuat pinjaman dan pemulangan buku yang dipinjam. Pengawas PSSB yang bertugas bertanggungjawab menguruskan segala urusan di sini dengan cekapnya.
Segala urusan seperti merekod penggunaan bahan, kehadiran ke PSSB dan pinjaman peralatan juga dibuat di kaunter sirkulasi ini.
Sudut Bercerita ialah ruang yang sangat digemari oleh murid-murid kerana mereka dapat menunjukkan bakat bercerita bak seorang Penglipurlara. Bagi yang berbakat dalam berpidato tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka berhujah di khalayak ramai. Walaupun ruang ini agak terhad tetapi sudah mencukupi bagi mereka melahirkan bakat terpendam umpama berada di pentas yang besar.
Tahniah...


No comments:
Post a Comment